Monday, July 01, 2013

Julai. Ramadhan. Semester Dua

Assalamualaikum.

Awalnya pagi pagi dh tulis blog. Hehe. Menaip guna fon sambil baring kejap. Jap lagi kemas2 rumah basuh baju. Saja nak share cerita dekat blog. Dah masuk Julai dah pon kita ye. Rasa macam baaaru je 2013. Sekarang dah lebih setengah tahun dah. Amacam, ada hajat yang dah termakbul ke sepanjang 6 bulan yang lepas? Kalau dah, Alhamdulillah. Kalau belum, usaha dan doa lagi ye. InsyaAllah tiba waktunya, dapat la tu.. :)

Semester satu degree pon dah habis. Minggu depan mula semester dua. Allahu. Rasa cepat sgt masa ni berjalan. Apa aku buat eh sepanjang semester lepas? Adakah aku belajar elok atau main2? Berapa ramai dan berapa kali aku kecewakan umi abah, pensyarah and kawan2 eh? Maafkan aku. Aku cuba untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik untuk kebahagiaan bersama. Kalau aku buat salah tanpa sedar, tegur lah ye. Sikit pon tak marah, sayang adalah. ;)

Masa yang lepas jangan dikenang. Ececece. Bak kata orang, jgn pandamg ke belakang. Eh ye dok? Haha. Jadikan masa  lepas sebagai pengalaman dan pengajaran. Kita tak menyedari setiap saat yang berlalu. Bila tiba waktu sedar, berusahalah untuk mengubah kepada yang lebih baik. Jika gagal, cuba lagi. Kita masih ada waktu. Allah masih sayang kita. Pintu taubat masih terbuka luas. Rugi kalau tak masuk. Allah swt bagi peluang tak kan tak nak amik kottt. :)

Eh takut orang mengata? Alah manusia, kebanyakkan pon begitulah. Kita sendiri pon sama. Kalau tgk apa2, mesti terdetik jugak dalam hati. Cuma beza banyak atau sikit je. Yang penting jangan sampai terkeluar dr mulut. Subhanallah, boleh buat orang tersinggung, sakit hati. fikirla, kita tak nak org buat kita, kita jgn buat kat orang. bila kita terima apa yang kita tak suka, fikir balik apa yang pernah kita bagi kat dia. Keburukan itu datang dari kita sendiri. Bila sedar, ingat Allah swt. Bersyukur kerana Allah dah sedarkan kita. :) macam mana kalau lupa balik dan ulang lagi kesilapan? Rilekkk , doa kan ada. Berusaha dan berdoa lah untuk tingkatkan iman supaya istiqamah dlm perubahan. Aisshh sapa kata Allah tak sayang kalau buat byk dosa? Allah laaagi lah sayang kat orang yang berusaha nak dekat dengan Dia setelah buat byk dosa. :)

Cinta. aiyaa.. bab ni paling frust ni. Haha. Duk syiioookkk bukan main kat orang, alih2 tak layan pon. Haha. Main2 ada la. Aritu dengar ceramah pasal DESIRE kat UIA.ingat lagi pesan penceramah tu, kalau kita mahu cinta, kita kena berusaha dapatkannya. Minta pada Allah swt, bagitau  ibu bapa dan si dia. Okay aku dah buat semua. Kehkehkeh. Cukup lah cukup. Kalau belum sampai waktu, jangan dipaksa. Kita merancang, Allah swt  yang tentukan. Berdoa moga dapat yang terbaik, sesuai dgn diri sendiri. Bak kata org puteh, be the person you want to met. Hehehe. So kalau nak yg elok2, baiki diri sendiri dulu. Alaah, lambat lagi nk habis study kaan.. rilexx luhh. :)

Kadang-kadang kesusahan yg menimpa diri kita ni lah yg membuatkan kita sedar dengan nikmat Allah swt berikan. Selagi tak susah, tak sakit, duk enjoy je memanjang. Bersyukur bila Allah bagi ujian kesusahan atau sakit. Sebab Allah rindu. Rindu nak dengar rintihan dari kita. Rindu nak dengar kita merayu minta pertolongan dari Dia.  Tak yah risau lah kalau kita susah sekarang, Allah pasti memberi pembalasan yang baik. Yang penting, yakin dan bersangka baik dengan ketentuan Allah swt. Kadang kadang jealous jugak tgk kawan2 aku yang susah sekarang. Maksud aku, yang terima banyak ujian dr Allah swt. Sebab dgn ujian2 itu lah dia makin dekat dengan Allah. Kita mcmana pulak? Sbgai contoh, Siti, bkn nama sebenar. Huhu. Dia ni belajar kos susah. Ramai kawan2 dia failed byk paper. Dalam semester tu, byk ujian yg dia terima. Sampai aku pun menangis dengar cerita dia. Kalau kena kat aku, tak tahu lah boleh handle ke tak. Rasanya mesti dah balik kampung peluk ummi. Huhuhu.. Alhamdulillah, dia lulus semua paper. Kawan2 and senior duk puji. Terbaik.

Petik status kawan Kat facebook 'bila dah mengaku byk dosa, jgn tunda taubat. Mati pada bila2 masa'.. renung2kan dan selamat beramal. ;-)

1 comment:

E'in said...

selamat hari raya awak.. eh?