Sunday, May 29, 2011

semester baru sudah bermula

assalamualaikum..

Alhamdulillah. dah sampai ke kolej. semester kali ni berbeza dari yang lepas sebabnya kawankawan aku, Muna dan Suha dah pindah bilik. kat kolej yg berlainan dari aku. aku sedih. yelah, diorg yang paling rapat ngan aku dalam kelas. kitaorg selalu pegi kelas samasama balik samasama. tapi bila dah duk kolej berlainan, dah xboleh nak lepak sekali dah la. wuuuwuuuu.

Muna n Suha dah wat perjanjian ngan aku. every weekend or every evening, kitaorg nak pergi jogging. hohoho. itu pun kalau rajin laa. oh ye, sem ni jugak ada subjek economy and global issue. senior2 cakap, those subjects meeeeeeeemang susah. aritu bila diorg kuar exam hall time final exam, diorang nanges sebab xsempat jawab semua soalan dek setiap soalan tu memerlukan huraian yg paaaaaanjang. xcukup masa lah. Economy , sperti yg kita tahu, its all about math lah kan. kan ? ke aku salah ? aku suka maths. time skolah duludulu, setiap kali aku buat latihan maths,and bila dapat jawapan betol, aku happy sangat. aku berpuas hati dgn jawapan y aku dapat tu. terutamanya additional maths. tapi, aku sangatsangat malas nak buat latihan. hohhohoho. and, jarang sekali dapat jawapan betol. sebab tu la excited sgt bila jawab betul.kihkihkih. but now, otak aku dah xgiat mengira. yelah kan, dah setahun lebih aku xsentuh buku maths. entah macam mana lah nanti aku nak survive this sem.

oh ye, adik aku pun dah masuk universiti. Alhamdulillah, dapat juga dia menyambung pelajaran dan bergelar siswi kat UiTM Seri Iskandar, Perak dlm jurusan ukur bangunan.aku harap dia dapat sesuaikan diri kat sana. tak manja, tak degil, tak malas n yg paling penting, tak tinggal solat 5 waktu.



                                

doakan kami berjaya 
:)

Friday, May 27, 2011

say byebye and hyehye

assalamualaikum.

pagi esok, pukul 10pg, dah nak berangkat ke kolej. sedih. dua bulan lebih cuti dan habiskan masa dengan umiabah, adikadik. dua bulan duk rumah tanpa bekerja/hangout at least 2 times a week memang bosan giler. walapun penat wat kerja rumah,*buat la sangat. but still sayaaaaaang nak tinggalkan rumah. yes, home sweet home. there is no other place like our own house,okay, my momdad's house act..

next week, start class. oh yes ! kelas pagi. memang Terbaik. but pagipagi lagi nak pergi HEA, jumpe ngan kerani dan cakap :

" err miss,saya belum daftar kelas lagi. err sebenarnye mcm ni. aritu kan, kan, saya dah nak daftar dah kelas saya. tapi kan kan, bila saya nak daftar je, tengoktengok, dah full dah miss. miss, saya xnak kelas lain miss, saya nak kelas saya jugak. kelas 3G. saya tak suka kelas lain. eh no, maksud saya, saya tak biasa dengan kelas lain tu. kalau saya masuk kelas orang lain, diorg mesti pandang saya macam saya ni pendatang asing tanpa izin dari korea. okay, korea..pastu, saya terpaksa perkenalkan diri saya lagi. alaahh, tak best lah. belajar dah nak masuk setahun setengah, but still kena perkenalkan diri ke ? ahh malu! miss, for sure saya akan kurang fokus kat pelajaran. yelah, time lecturer mengajar kat depan, saya asyik teringat kat kawankawan saya kat kelas G tu.. *kan best kalau diorg ada kat sebelah aku, bahagia cket. ceyhhh.. haa miss tak kesian ke kat saya ? miss, tak elok kalau kita memutuskan silaturahim yg dah terjalin berabad lamenya. saya dah berkawan dgn kwnkwn sy kat kelas G tu dr tahun lepas lagi miss, tapi tahun ni saya kena berpisah, pergi kelas lain. miss sanggup tengok kami berpisah ke miss ?? wuuu wuuu. *sambil nanges. "

harapnya, rayuan aku yg tak seberapa tu diterima.

gulpgulpgulp. pkul 10pg nnti, dah nak berangkat. uwaaaaa. aku tak sanggup tinggalkan umiabah, adikadik aku. dan aku juga taksanggup lagi merasai kebosanan tinggal di rumah. wuuu wuuu. Melbourne, knape kau juah sgt ? mengapa kau tak duk tepi rumah aku je ? mengapa mengapa !? tapi takpe lah, 1semester lagi aku duk sana. yeaahhh !! Alhamdulillah. wahai law studies, i want to say goodbye to you, because i have another interest better than you. lets finish this sem, and we will never met again. wohooo !

dah pukul 3pg ni, tapi sume barang taksiap kemas lagi. letih giler buat kerja last min.ghase nak tercabut pinggang ni. kalau tercabut tali pinggang tu aku takkesah pon.. statistik ini menunjukkan *xde kena mengena bahawasanya aku memang takde mood nak masuk kolej dah sambung belajar law lagi. hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya bajubaju yg belum dilipat serta bagasibagasi yg belum diisi lagi.walaupun waktu sekarang sudah hampir 3.30am. yesyes. malas. taknak belajar! *mengong betol xnak belajor. but i have too. owh 2ribu, aku tunggu kau !

Umiabah, Kak Yong will miss u lotsalotsalotsalotssssss !!
 "Ya Allah, panjangkanlah umur kedua-dua ibu bapaku, bahagiakan-lah mereka, lindungi-ah mereka daripada segala musibah, murahkan-lah rezeki mereka, ampuni lah dosadosa mereka dan sayangi-lah mereka sepertimana mereka menyayangiku " AMINNN


seram


assalamualaikum.

haa ni, on facebook ja, nmpak ni. bila baca, ghase laen mcm lak.
berhati-hati lah di jalan ghaye.

Tuesday, May 24, 2011

review drama ASMARA

assalamualaikum

sejak dua bulan aku cuti ni, aku jarang tengok tv. Asyik mengadap laptop je, Facebook, Blog, and movies. Antara citer yg slalu aku tengok adalah ASMARA, TV3. Itupun kerap kali miss.

hari Jumaat ni aku dah nak fly ke Melbourne. Jadi aku tak dapat tgk Asmara lagi. Alaah, tak kisah lah. sebenarnya aku pun dah tahu mcm mana ending dia. dah boleh agak dah. final episode dia mesti mcm ni :


" Melati beranak, pastu dia meninggal selepas lahirkan anak.
Asmara pulak dapat tahu yang Suhana tu sebenarnya Zalia.
Kemudian Ferhad mengaku yg sebenarnya dia bapa saudara Adam. 
Bapak Adam yg sebenarnya ialah Raziq (pakwe Zalia yg dah mati tu). Ferhad tu abang/adik Raziq la.Sebab tu dia nak sangat dengan Adam tu, anak saudara dia kan.
Disebabkan Melati dah meninggal, dan Asmara pun dah tahu pasal Zalia, so,
diorang kawen !! "

hahaha.. malas dah aku nak fikir jalan crita lain. ini je yang paling simple. kalau ade lagi kes lain, pengarah crita ni memang hebbat !! 
*tapi takleh tandingi crita Nur Kaseh lagi 

Monday, May 23, 2011

i dan you

assalamualaikum

I --- You
Saya --- Awak
Aku --- Kau
Ore --- Dio
Kawe --- Ambo
Aku --- Mung
Gymah --- (name org tu)

kebiasaannya, aku akan gunakan perkataan aku - mu dgn temanteman rapat. walaupun tak berbunyi manja, namun ia menandakan sesorg itu mempunyai ikatan persahabatan yg kuat, dgn kata lain, mesra.

" babe, mung duk mano ? aku nok gi umoh mung nih. buleh dok ? "
haa yg ni kalau bercakap dgn bff 


kalau dgn kwn rapat kat uitm ( bkn org kelate)
" kau nak pergi mane ? aku nak ikot "


awak - saya pulak aku guna bila mulamula bertemu dgn org yg tak dikenali.
" err awak dapat kat mana kertas tu ? saya tak jumpa pun. boleh bagitahu ? "



ore - dio pulak aku guna bila seseorg tu bersifat lembut, kebiasaanye perempuan la.. ade sesetengah pasangan bercinta tu, sebelum diorg bergelar kekasih, diorg akan guna ore - dio . biaselah, perkataan itu agak 'lembut' berbanding aku - kau ataupun aku - mung . 
" ore nok gi KBMall esok ni, dio nok ikot tak ? meh la join skali "

gymah - (nme org tu) aku guna bila diorg membahasakan name diri sendiri.
"arini Yana nak g library, Gymah nak ikut tak ? "
" Gymah tak larat lah Yana. tak nak lah "


kawe - demo , aku jarang guna walaupun aku org kelantan. biasanya org lelaki atau golongan warga emas yg selalu guna. hihihi
" demo loni tok supo mulo, tok brani kawe nok tegur "

I -- YOU
okay, yg ni aku tak guna dan tak nak guna. alahai, memang aku tak biasa sangat-sangat. kalau speaking english tu boleh la. dah nama pun 'speak in english' kan..
" I want You to know that i am sexy "

tapi, kalau nak guna I - You dalam perbualan harian yg biasa, aku tak nak..
" hai, You buat apa ? dah makan ? jom teman I makan. "
" hai, You wak godio tuh ? makey doh ko ? jong temey I makey. " 

hahaha.. aku rasa nak tergelak bila ada org ber-I-You dengan aku. dengan org lain tu boleh la, tp jgn dengan aku. aku tak biasa dan aku tak nak biasakan. huhuhu. 

kesimpulannya, penggunaan aku - kau dan aku - mung tu adalah panggilan biasa bagi aku. bukan bermaksud kasar. tapi lebih mesra . jadi, jgn la terasa hati bila aku 'agak kasar'. sila tegur, dan kasi nasihat.

Tuesday, May 17, 2011

she WAS my friend

assalamualaikum

tadi, aku jumpe blog 'bekas kwn' aku. sbb ape jadi 'bekas' ?
sebab aku pernah buat jahat ngan dia.
and then, dia TAK NAK kawan dgn aku lagi.

dia dah tukar link blog selepas aku ceritakan semua kesalahan yg telah aku lakukan kat dia.( tak sure la dia tukar link sebab aku or apa ) then, aku tak cari dah blog dia. aku tak nak cari. dah orang buang, buat apa nak lagi. tapi tadi, ntah macam mana , aku jumpa blog dia. tgn terketar-ketar. hati berdebar-debar. aku tak baca post dia yg latest. aku cari older post yg dia tulis pasal aku. at last, jumpa jugak. aku baca sambil hati tak henti berdegup kencang. yes, she still mad at me. and she regret for having a friend like me.

aku pun tak tahu nak cakap apa lagi dah. aku dah merayu kat dia, dah menyesal, dah minta maaf ngan dia, semua yg aku patut buat, aku dah buat. kat mak aku pun aku cerita jugak. aku bagitahu semua kat mak aku. and yes, mak aku pun marah. but, if dia xmaafkan anak dia sendri, siapa lagi yg nak maafkan.

hal itu adelah hal yg paling teruk pernah aku lakukan seumur hidup aku. and it started when i was 15. ahrgghh #$%^&*&# ! boleh tak aku nak undur masa balik ? tak bolehh.. masa tetap tak boleh undur walaubagaimana cara pun kita berdoa kat Allah swt. Allah hanya beri kita kesedaran serta petunjuk untuk membaiki diri. dan Alhamdulillah, Allah swt amat menyayangi aku apabila Dia dah sedarkan aku dr melakukan kesalahan tersebut dan aku berjanji untuk tidak mengulangi nya lagi.

hari-hari aku doakan supaya Allah swt lembutkan hati dia utk maafkan aku. mak aku pun pesan camtu , suruh aku doa byk2 kat Allah swt sbb hanya Dia yg Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. mungkin 'bekas kawan' aku tu tak maafkan aku buat masa sekarang, tp InsyaAllah, jika Tuhan lembutkan hatinya, dia maafkan aku. kalau tak juga, aku pun tak tahu nak kata apa. aku redha dgn ketentuan Allah swt dan hukuman yg akan aku terima nanti. Alhamdulillah, 'org lain' dah maafkan aku. tunguu 'bekas kawan' ini shaja yg melembutkan hatinya utk maafkan aku.



*if aku ade buat salah dgn korg yg bace blog aku ni, aku minta maaf eh. kot aku meninggal dunia awal dr korang, dan tak sempat minta maaf nanti. aku mohon maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki. kalau ada tak puas hati kat aku ke apa , begitahu je aku. oke, mekaseh <3