Monday, October 31, 2011

Fikir, Renung & Selamat Beramal

assalamualaikum

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
------------------------------------------------...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.






"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Silakan SHARE.

Thursday, October 13, 2011

hujung minggu di Tasik Cyberjaya

assalamualaikum

Ari Ahad lepas, aku dan housemates (19 org) pegi picnic kat Taman Tasik Cyberjaya. Kitaorg masak spaghetti dan juga popia. spaghetti tu aku yang masak, ecehh. tapi ramuan sebenarnya nya Aina dan Rabiatul yang expain sebab diorg la yang expert. Aku yang tak reti ni, saje menyibuk nak belajar masak spaghetti . Menjadii ! ecehhh.
 
Popia pulak, resepi si Syaida. mak dia tukang masak, so dia pun reti la buat macam2 resepi. 2 minggu lepas ajar buat popia pisang. Ari Ahad lepas pula ajar buat popia ayam+ cheese. nyuumnyuum. BEST !

Kitaorg bertolak ke tasik pukul 6 petang. sampai sana, waahwaahwahh ! terbaik lah pemandangannya. Macam tak percaya tasik tu wujud kat Cyberjaya. hehehe..

(baru campai)






 yang ni baru belah belakang je. yang kat depan, tepi, laaagi cantik tasik ni.

disebabkan waktu dah nak dekat pukul 7pm, so tak banyak gambar yang kami sempat amik. Tasik tu pun kami tak pusing lagi. InsyaAllah kalau ada masa terluang, kami datang lagi. 


Alhamdulillah, housemates aku okayokay. Kalau ada yang tak berapa nak okay tu, okayokay kan lah. ehehehe. Ehmmm, tapi kan, ada juga orang tak senang bila tengok orang lain senang. kan ? Selalu je nak perli perli. eh, perlu ke perli ? nak sakitkan hati aku ehh ? kalau aku ada buat salah, tegur depandepan. kalau aku buat benda baik, contohi la aku. Kalau nak bahagia, buat la orang lain bahagia. Jangan buat orang sedih, sakit hati, geram, meyampah. Lagi ramai orang tak suka kau, lagi tak bahagia la hidup kau. Wallahualam ~ 


*dah active balik Fb . boleh bertahan selama seminggu je tak On Fb. hehehehe. godaan demi godaan datang menjelma di saat ku ingin berhenti layan FB. ekekeke. btw, aku rasa happy bila someone tu approve friend request aku. ehehe. tak tahu kenapa. bye bye
 

Sunday, October 02, 2011

Bila kita...

assalamualaikum
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...
Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."
...
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita
SKEMA...
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia.