Thursday, July 28, 2011
Saturday, July 23, 2011
Rezeki dan Nasib
assalamualaikum
Esok nak balik merbok dah. hummh, malas sangat nak packing barang. Kelas start hari Ahad and I dun want to attend classes. I got assgnmts to finish up and submit but I didn't make it. Sebab nya aku dah matimati ingat this week tahu keputusan maktab then aku boleh buat clearance kat UiTM, tapi lain pula jadinya. Sampai ke hari ni tak tahu aku kena lapor diri kat universiti mana. hadooiihh sabar je laah. Nak tak nak, kena pegi merbok, again.
Aku bukan apa, aku cuma malu kat kawankawan je. Apa diorang akan kata if nampak aku kat merbok lagi ? " aritu kata dapat masuk maktab and nak keluar uitm and taknak datang dah lepas midterm break. aihh sekarang nampak lagi muka dia, nyammpah betol " ... malu taau malu.
Malam sebelum balik cuti aritu , kawankawan aku, berapa org ntah tak sempat kira, tapi ramai la jugak kan, diorang datang buat 'prank'..
Classmates aku pulak buat kad. Cantik punye. Kat dalam tu, diorang kasi tandatangan masing-masing plus katakata semangat untuk aku. Terharu bangeetttt ~
Nadiya kasi Spongebob, macam tahutahu je aku suka peluk bendabenda comel kan. heee, Sebenarnya, Nadiya pun ade Spongebob jugak. yg boypren dia bagi. Tiap saat dan ketika dia akan peluk Spongebob tu, *tengok keadaan la. So, if she gave me spongebob, that thing will remind me to her. Itu katanya laa.
Sebenarnya aku takut nak masuk tempat baru. Yelaa, banyak org, banyak ragam. kan ? Frankly, aku susah nak bergaul dengan orang. but once aku dah kenal/rapat dgn someone tu , only she knows who I am.
kawan macam nieeee :))
Harap harap dapat roomates yang semua Islam. *ada ke tamil cina duk sekali ? yang kuat agama, rajin kemas bilik, rajin study, selalu suruh aku solat sunat/hajat , rajin mengaji , yang tak suka mencarut and keluarkan perkataan yang tak best didengar , yang tak cerita pasal hal org lain aka mengumpat, yang boleh dipercayai and and the most important thing is, yang tak pernah tinggal solat . ffuhhh, kan best kalau dapat rumet macam ni. aman tenteram sentosa bahagia je hidup ni kan. Tapi kalau dapat yang lain daripada apa yang aku nak pun takpe. Aku terima dengan senyuman. Sebab yang penting adalah diri kita sendiri, pandai-pandai la jaga. Jangan terpengaruh dengan perangai yang tak elok serta terpedaya dengan hasutan syaitan. Tinggal berjauhan dengan ibu bapa ni ada keburukan dan kebaikan nye juga, Satu kebaikan nye adalah kita dapat berdikari. dan keburukan nya pulak adalah, takde sapa boleh tegur/bimbing kita kecuali diri kita sendiri. So, dekatkan lah diri dengan Allah swt, serta bergaul dengan org yang baikbaik, InsyaAllah kita berada dalam landasan yang elok dan dipermudahkan jalan untuk mencapai kejayaan. Aminnnn ~
Okay, back to the topic, ngee, sebenarnya nak cakap yang aku memang takde mood gila nak pegi belajar law kat merbok. Sekarang pukul 2.30am dan aku masih menaip entry ini sedangkan baju/ barang2 lain belum dikemas. Semua barang aku kat Merbok dah diangkut pulang. Kosong. baldi pun aku bawa balik, yelaa kan nak pegi belajar tempat lain pula. Sarung tilam, bantal, kain selimut, baju, teddy bear 2 ekor semua dah bawa balik. Esok ni, terpaksa la aku angkut lagi semua tu.
Aku ingat, nak pergi merbok ni, hari hari duk dalam bilik dan layan movie sorang sorang. TAKNAK pegi kelas . hehehe. InsyaAllah keputusan keluar ari Rabu/Khamis. Kalau tak keluar juga, habis laa aku. Kelas dah skip dah. aiggoo.
Ya Allah , kau permudahkan lah segala urusan aku serta ibubapaku, keluargaku, pendidikku serta kawankawan ku di dunia mahupun di akhirat.
Thursday, July 21, 2011
random
assalamualaikum
adik bongsu aku tengok gambar sorang lelaki dalam FB aku. Kemudian aku tunjuk girlpren si lelaki itu pulak. Lalu adik aku berkata :
muka laki tu nampak alim, tapi awek dia free hair.Laki tu tak alim pon sebenarnya, and perempuan yg free hair tu lagi elok perangai nya dari si lelaki. Aku kenal lah. Awek dia bukan main setia lagi bercinta 4tahun dengan si lelaki tu. Tapi dia tak sedar yang boypren dia main kayu tiga. haisshhh... Sekarang dah okay. Takde main kayukayu dah. Kadang aku terfikir, macam mana jadinya kalau awek dia tahu dia main kayu tiga dulu? Chill lah, benda dah lepas kan. Alhamdulillah, moga jodoh mereka berkekalan. amiinnn~
*jangan menilai orang dari luarannya..
Sunday, July 10, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)



Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.
Salam Ukhuwah..~