Wednesday, November 17, 2010

Gaji Pertama

Salam. Alhamdulillah. Rezeki datang tanpa di duga. Ecehh. terima kaseh xterhingga u know ! yelah kan, x expect langsung dapat ‘upah’.  Cik Zie hantar anakanak dia kat sini utk beberapa hari sebab xnak bayar kat nursery la.. rugi la kalau byar kat nursery walhal separuh bulan Nov ni aje letak kat situ . pasni dia dah cuti sekolah . so, kalau dah nursery pun xnak bayar, kat aku lagi lah free-of-charge gituuu.. aku memang berniat nak menolong dia pun. Alahh, lagipun boring jugak aku kat rumah ni . walaupun penat jaga AisarAidil tu , aku xpenah pulak komplen pasal upah. Keh3.. jadi baby sitter for days pon dah nak demand kan ? belum lagi for years..xpatutt xpatut.. disebabkan aku xkomplen pasal upah , sebab tu la kot Allah bagi rezeki ni. Alhamdulillah Ya Allah.


Rm100 dah kira byk la tuuu.. 8 hari je pun jadi baby sitter. Ada pembantu pulak tu.. kih3.. lagipun ape lah sgt kerja nya,. Just buatkan susu, mandikan , suap nasi , n tidurkan diorg . bab mandi , sebenarnya mama diorg sediakan 2 pasang baju utk 1 hari kat umah aku tu. Kiranya, pagi-pagi buta dah kena mandikan then tgh hari pun kena jgk . tapi , aku mandikan diorg sekali sehari je.. miahahaha... aku mandi pukul 10pg , diorg pun sama. Lalalallala~

c.Zie : nah kak yong, amik lah.
Aku : eyyhh.. apa ni ? xpe lahh.. [pura-pura xnak konon]
c.Zie : alahh amik je wat belajar .
aku : tapii kaannn.... [dia xcakap pun nak upah aku  jaga ank dia tu sebelum ni]
c.zie : memang cik Zie niat nak bagi kat kak yong dah pun.

Then, aku amikkkk jeeee... kehhh3

Kemudian , umi ajak pergi pasar . aku ikot je . kat sana, aku minta umi belikan baju tidur. Umi suruh guna duit sendiri . alahhh, kalau asyik guna duit sendiri, mcm mana nk ada duit simpanan kan ? ye dak ? so umi belanja.. keh3.. tetiba,tali sandal aku tercabut lak. Adeyyhh, sandal ni mcm tahutahu je aku ada duit. Hampehh ! so aku terpaksa lah beli baruu.. igt nak beli selipar jepon aje, tp terfikir pulak ari sabtu dah nak balik universiti so baik beli yg okay sikit , blh pakai masuk kelas. Aku cari yg paling murah dah aihh. Jimat giler. At last, beli gak sepasang. Hodoh giler. Xpe lah, janji murah.. kah3... RM35... pastu aku beli keropok, air , n top4 . so balance sekarang ada lagi RM 53 ... hampehhhhhh.


p/s : aku xshare pun duit tu ngan pembantu aku.. patut ke aku share ? tengah sengkek sekarang ni. Alaun masuk bulan 1 makk aihh..

Sunday, November 14, 2010

my part time job

salam.arini aku kena jaga bebudak kiut macam kucen plus buas macam singa ni sorang diri. Pembantu peribadi merangkap adik bongsu aku kena pergi sekolah pagi hari ni hingga Selasa. then Rabu dah raya . maknanya terpaksa la aku bekerja keras memikul beban menjaga 2 org dengan penuh berhemat.. beban la sangat kan.


biasanya tiap pagi, pukul 7.30 uncle aku datang menyerah tugas menjaga bebudak tu. lepas kunci sume pintu, tutup sume lampu, aku sambung tidur. muehehe. kalau xtutup lampu, makin menjadi-jadi lah buas 2 orang tu. Namun apakan dayaku , mereka tetap bising. xkan nak cubit-cubit ? xkan nak tengking-tengking ? isshhh,diorang tu macam anak aku dah. *haaahh ? over disitu. xpe , aku tahan je. tahan-tahan aku pun, nyenyak jugak tidur bertemankan bunyi cerita kartun kat tv dan kadang-kadang terasa ditindih hantu bebudak tu . pukul 9 lebih , suara xpuas hati pembantu aku kedengaran , "kak yong, bangun laaahhh..bebudak ni nak susu n makan nasi. " pastu datang pulak si adik kecik naik atas perut aku sambil meminta " ayong, nak ucu. ayong nak ucu. ayong nak ucu.. " berulang ulang sampai lah aku bangun dengan gayanya terus menuju ke dapur utk menghasilkan 2 botol susu berkhasiat. oppss ! jangan fikir bukan2.


then, aku kemas tempat tidur. aku tidur depan tv. ditemani laptop ditepi.kalau aku online malam-malam, tv mesti dibuka walaupun aku xtengok. seram beb sunyiiii...kemudian aku suapkan nasi 2 orang ni. lepastu mandi. time mandi memang ummpphhh ! buas bagai. org suruh kencing duduk, diorg kencing pancut. sakit hati betol. potong kang !


sekitar jam 12 , aku buatkan susu berkhasiat lemak berkrim disukai kanak kanak sahaja . hisap susu sambil ditemani kicauan burung [rumah aku di sebelah dan di depan kebun] dan bunyi tukang rumah bekerja keras menyiapkan rumah diorg kat belakang rumah aku tu . then, time to sleep ! pukul 1.30 , papa diorg balik skola terus datang hambik.. settle satu kerja !


tapi harini , disebabkan pembantu aku xada , mereka 2 beradik ni pun turut temankan aku tidur jugak awal-awal pagi. yelah, dah aku tidur nyenyak, xlayan diorg, diorang pun join tidur sama.  aku tersedar pukul 9 [sebab dah biasa bangun pukul 9] , diorg pulak tgh tidur nyenyak.

Aisar and Aidil
si baju belang tu habit dia tidur sambil hisap bibir .



cam tahu-tahu je owg nak snap pic. maluuu ler tu

aik, dah bangun dah sayang ?

akhirnya terpisah


Aisar . Aribah . Aidil

Saturday, November 13, 2010

Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan


Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.

~ iluvislam.com