Assalamualaikum.
Yeyeyeye... dah boleh access blog. Setelah sekian lama ku mencuba utk mengakses. Eceehh.. akses giteuuw.
Alhamdulillah. Dah sebulan dah menjejak ke alam degree. Tahu tak betapa bernilainya term 'degree' tu bagi sy? Tahu la kan umur dah 21. Degree and umur ni selalu dikaitkan. Lagi satu, kahwin. Waduh waduhhh. Bila ngomong pasal kahwin, tahap excitement gue makin tinggi dong.. muehehe..
Bila dah umur pun makin meningkat, mcm2 hal lah yg datang dan perlu diredah. Makin byk pulak hal yang yg perlu difikirkan. Dulu dulu mana ada macam ni. Keja asyik nak mainnn je. *ehh macam lah dah matang sgt gue ni sekarang.. bukan apa, bila dah umur 21 ni, nak buat apa2 pun kena fikir dulu. Takut nanti apa2 keputusan yg dibuat dianggap tak matang pulakk. Byk mata memerhati, byk mulut berbicara..Maluu kt oreenngg..
Masuk tahun baru, ada lah beberapa hal yang agak penting jgk la bg saya. Tapi tidak untuk segelintir mereka yg lain. Pertama, penukaran kursus. Apaa ituuu? From TESL to B.ed Primary Education with English.. napok macang same, tapi bukang die.haha.. lain eh lain.. dung deng bomm bang dung deng, sampai sekarang tak tahu apa kesudahannya.. semalam dah jumpa orang2 tertentu. Bincang hal ni. Keputusannya InsyaAllah dalam waktu terdekat. Doakan yang terbaik buat kami ye pada sape2 yg membaca ni.
Keduanya, hal rumah.. sebenarnya hal saya lah kot. More to heart feeling la sikiiitt. Saya ni jenis tak boleh tgk orang masam2 muka.. sedih pulak hati ni. Rasa down sgt2 haritu
. sampai pening kepala terus pengsan. Wooohh over lah smpai pengsan. Tipu semata2. Sebenarnya takde la susah jadi ketua. Okay je buat kerja. Tapi kadang2 susah nk buat keputusan. Takut ada terguris hati mana mana pihak. Kang kalau strict sgt kang, rimas pulak anak2 buah ni..Huhu. entahlah, kadang2 sedih, tapi hidup ni tak best lah kalau asyik nak sedih je. Saya tak layak memegang jawatan sedemikian kot. Takpelah, makin matang nanti, makin tak sedih lah dgn perkara yg remeh temeh mcm ni. InsyaAllah.. terima kasih kat teman serumah. Umur lebih muda dr saya, tapi kematangannya melebihi saya.. Alhamdulillah, petunjuk Allah.. hal rumah dpt diselesaikan. Hati saya juga kembali ceria.. :)
Ketiganya, pasal financial sikit laa.. not to say it is a 'problem' , its just a small matter that actually worry me. Elaun dpt 2k something every semester. Dan kesemunya dah hbis guna awal2 lagi.. mcm xdpt elaun pun ada sebab ummi abah selalu top4 akaun every month. Eh bukan month, almost every 2 weeks kot.. dah selalu balik kampung.. sekali pegi balik Kelantan dah rm100. Dalam sebulan at least aku waaaajib balik sekali. Allahu, mengapakah aku baru terfikir sekarang?? Kalau lah aku matang awal2, akan ku tahan jugak rasa rindu kt family tu..orang kt oversea tu lg la rindu xbalik berbulan bulan.. adeilaa. Maluuuuu kat oreengg. masuk tahun baru ni, azam saya pun dh baru.. tak nak minta ummi top4 akaun semata2 nak guna duit utk benda2 yg tak perlu. Ceeyhhh. Baik tak saya baik takkk?? Kehkehkeh. Padahal orang lain tu dah habis sekolah tak minta duit from parents dah. Heshhh. Maluuuuu kt oreeengg..
Haa keberapa dah ni? Keempat eh. Okay keempatnya, pasal kurus mengurus ni. Wadduhh waduuhh. Streessss gue! Lu tau ngak, ibu gue beli banyak baju sama gue. Dia bilang, baju utk pakai 1st year degree. Tapi gue ngak mahu jahitin baju baru sebelum gue kurus itu perjanjian gue sama diri sendiri dan teman2 yg lain.. gimana dong gimanaaa.. sebab gue fikirin lepas cuti semester 2 bulan tu gue MUNGKIN kurus sikit, makaaanyaa,
naahh, gue bikin itu perjanjian. Tapi hampeehh. 2 bulan kegiatan pertanian lemakku ini sedang rancak dijalankan. Sektor pertanian berkembang maju..
kelimanya.uihh byk sgt sampai dah no 5. No 5 ni nak cter pasal eheem eheem lah.kihkihkih.. haa apa? Boring dah baca ? Okay2. Nak stop dahh..so konklusinya,
: Semua masalah ada penyelesaian. Allah tak akan membebani sesuatu luar dari kemampuan hambaNya.
: Sabar itu hebat ganjarannya.
: Dan doa orang yang teraniaya INsyaAllah dimakbulkan. Aamiin :)
*note besar besar untuk diri sendiri
No comments:
Post a Comment