Thursday, August 09, 2012

setelah setahun di Kikrby

assalamualaikum

ye aku tahu, kerja aku berlambak. malas nak fikir pasal  tu sekarang. sape suruh tangguh kerja. 
yang aku tgh fikir adalah,
pertama , kenapa Encik ____ panggil aku ustazah ?
kedua , Encik _____ kata aku mengata dia. 

baiklah, bukan nak marah, tak marah pun. 
 cuma binggung, kenapa perlu digelar ustazah ?

maaf, aku berprasangka buruk tentang hal ini. 
adakah dia saja perli aku ?
sungguh, aku tak layak digelar sedemikian.

Encik ___ tahu perangai aku macam mana,
suka lawan cakap dia.
opps, bukan lawan, cuma bertanya apa yang ragu-ragu.
mungkin cara aku sedikit kasar, atau mungkin aku jenis tak dengar kata, atau mungkin aku tak jaga percakapan, bila terasa nak cakap, terus cakap depan dia.. salah ke gitu ?  
baiklah, memang salah ! mana ada orang cakap kasar dengar pensyarah. 
tapi maaf encik, saya tak berniat nak berkasar. InsyaAllah saya cuba ubah. mungkin ambil masa sikit sebab sememangnya saya ni kasar. InsyaAllah perlahan-lahan hilang sifat tu.

Encik , saya betul-betul minta maaf kalau sebelum ni saya ada mengata kat encik. 
mungkin dulu saya belum sedar mengapa Encik lakukan semua ni kat kami di Kirkby. 
sekarang saya dah faham, Encik mahukan yang terbaik untuk kami. 
Encik nak kami jadi insan yang berjaya. bukan saja IQ, malah EQ juga. 

memang betul , banyak program yang dilaksanakan kat Kikrby. 
walaupun bilangan kami hanyalah 126 orang, tapi sambutan tetap meriah, tetap berjalan lancar.
betul , semua org patut respect kat Encik sbb dengan cadangan-cadangan bernas Encik lah kami semua reti laksanakan itu ini. walaupun tak terror, pengalaman itu berharga. supaya kami tidak kekok pada masa akan datang. InsyaAllah.

Oh ye, lagi satu, macam mana yer Encik boleh kata saya mengata encik ? ada orang report yerr ? sape pulak lah si fulan yang suka me-report tu ? tahu nak perburukkan orang je yer. kamu stalk status facebook saya ? atau tweets saya di twitter ? baiklah, cuba buktikan , ada ke kata-kata "mengata" tuu ? cari lah kalau jumpa.  

takpe, saya maafkan anda. 
saya juga minta maaf kalau ada terlepas cakap.
yang boleh buatkan anda sakit hati.

Encik, saya ni penakut.
betul la kata encik, ramai org reti cakap belakang, tapi hanya segelintir yang berani berhadapan.
kalaulah encik tahu bagaimana perasaan saya..
kalaulah encik tahu bahawa sekarang saya menyokong segala rancangan yang encik plan-kan...
saya sangat berpuas hati. 

okay lah, saya nak buat esaimen.
Alhamdulillah. lega dapat luahkan kat blog.
kalau ada yang baca entry ni ( Kirkby's students) , eloklah kalau kita fikir balik kenapa Encik ____ anjurkan macam-macam aktiviti untuk kita. tujuannya cuma satu, supaya kita menjadi insan yg berguna dan berjaya. InsyaAllah

bye :)

No comments: