Wednesday, July 11, 2012

Jom Kahwin Awal

assalamualaikum

okay la okay laa. nak citer jugak. ehh suka hati la nak citer ke tak. sape suruh baca ? muehehehe.. dah dah, pegi jauh2 kalau tak nak baca. aku saje je bercerita kat sini. sambil2 cari isi untuk buat esaimen. kannn ? *konon

berbalik pada tajuk entry, adakah aku je yang baru perasan atau memang ini trend sekarang ? Tahun lepas, sepupu aku sendiri, perempuan , berumur 20 tahun , masih belajar di IPTS, dah pon kahwin. kalau tak silap aku, suami dia pun berumur sama & satu kolej dengan dia. Kalau salah, minta maaf lah.  Aku takde la rapat sangat dengan sepupu-sepupu aku, so ape-ape cerita, aku langsung tak tahu. Kalau tahu pun, mesti aku orang last. ngeehh2. Mula-mula aku dengar berita yang Kak Anis (sepupu aku tu) nak kahwin, macam2 soalan bermain dlm fikiran, dah cukup kenal ke lelaki tu ? blaa blaa blaaa.. jawapan paling simple aku " Allah swt dah permudahkan jodoh mereka. syukur, Alhamdulillah... "

Aku tak tanya banyak soalan, aku tak dengar banyak cerita. cukuplah sekadar menjadi stalker terhadal di halaman Facebook, aku tahu bahawa mereka sangat bahagia. Setiap kali tgk gambar yang di upload di Facebook, aku senyum sorang-sorang. InsyaAllah satu hari nanti, aku juga akan berbahagia seperti mereka.

Cerita  Dena Bahrin, sape tak tahu kan ? aku turut menangis, turut tersenyum bahagia membaca cerita cinta beliau walaupun tak pernah jumpa walau sekali. Minggu lepas pulak, cerita si Irine Nadia Marcello. Baiklah, mungkin ramai yang tak kenal. nah, ini blog beliau http://irinenadia.blogspot.com/ . Sebelum ni, aku ada jenguk blog dia beberapa kali. Al maklumlah, tuan punya blog ni lawa orangnya. sekali sekala cuci mata tengok orang lawa ape salahnyaa kan. Asyik tengok muka sendiri yang sememangnya dah lawa ni pun kadang terasa bosan jugak. maoahahahahaha.. dia pun dah kahwin whoaaa.. siap bagi tips lagi nak buat itu ini macam mana. baguslah. nanti boleh refer kat blog hang bila aku nak kahwin tahun depan.

kat kolej aku pun, ehemm  ehemm.. okay, bukan nak kahwin, baru nak bertunang. Alhamdulillah. seriously, sebelum ni aku memang ingat budak ni dah jadi tunangan orang sebab ada cincin kat jari manis beliau. rupanya baru di "choopp " , belum bertunang. alah, kira sama la tu kann. So, adik, TAHNIAH !  kakyong harap anda berbahagia dengan pilihan anda dan juga bersyukur dengan ketentuan yang Allh swt telah tetapkan.  

Lagi, balik minggu lepas, ummi aku bagitahu, sepupu aku , Fatin, sama umur dengan aku, 20 tahun, telah dilamar ! okayy. baiklah. malas aku nak taip kat sini panjang2, cuma nak bagitahu satu,  kenapa semua orang nak kahwin ni, kenapa tak tunggu aku ? ehehehee .. 
*gurau je. kahwin lah korang kalau nak kahwin.. hihihi.

Pada pendapat aku, aku sokong 100 % kahwin awal ni. ecehh. bukan gatal okayy, tapi kahwin awal ni :
1. mengelak dari zina, maksiat. Tanpa kita sedar, kita sering lakukan maksiat. kalau dah ade boypren/girlpren, tak payah citer laa.. so baik kahwin cepat2..
2. menjadi lebih bertanggungjawab.
3. berfikir lebih matang
4. pintu rezeki bertambah. InsyaAllah.
5. jiwa tenang. takyah fikir dah boypren dok mengurat sape. muehehehe

Jika sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai seadanya,
yang bersama di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan yang ada,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda,
yang akan melangkah ke syurga bersama,
Apa tunggu lagi ?
ekekee

okay, nurul hazimah sudah berfikir terlalu jauh. baik fikir untuk siapkan esaimen dulu.. bye. salam kahwin. ekkeke :)

1 comment:

Hajar Salim said...

Salam kahwin? Seriously hazimah? kikikiki