assalamualaikum
tadi ter-minat-suka-mengada nak join 1 app kat FB ni.
:: Bila Kamu Akan Menikah ?
tekan-tekan, kuar ni
25 Jan 2019 ? lambat bebenoorr. aku target tahun depan dahh. hehe
nikah dgn pengusaha ? okay jugak tu.
seorang jurutera yg memiliki sebuah syarikat perniagaan. aduiduiduiiyai.
sape xnak memang rugi :P
Apepun, jgn nak caye sgt la menda ni semua.
Jodoh , Allah swt yg tentukan.
Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa agar dipertemukan jodoh yg baik
buat kwn2 Muslimin :
carilah calon isteri yang menutup aurat dgn sempurna, baik akhlaknya.. bukan dilihat dr rupa paras. mungkin ada jgk yg kata "humhh aku bkn org yg baik sgt pun.. takkan dapat isteri yg baik punyee.. " sebab itulahh mulai sekarang, bersihkan diri, kuatkan iman.. jgn dilayan gadis sebarangan. ingat tu. mungkin jgk ada yg kata "aku nak cari yang biasa-biasa je, pastu dah kawin nanti aku didik elok2.." kalau begitu, bagus lah. tapi jgn sampai anda pun turut ikut perangainya yg tak elok tu.
buat kwn2 Muslimat :
Mulai sekarang bersihkan rahim anda dgn solat tahajjud, mengaji dan sebagainya sehingga rahim anda suci untuk didiami seorang mujahid Islam. InsyaAllah. jangan dilayan lelaki sebarangan. terus berdoa untuk jodoh yang terbaik. sayangilah bakal zuriat yg akan dilahirkan nanti. InsyaAllah..
INGAT.. jangan tgk pada rupa yang menggoda, tapi rasailah getaran imannya. hehee. Kat bwh ni adalah amalan doa agar dipermudahkan jodoh oleh Allah swt.
Bismillahirrahmanirrahiim
ALLAHUMMA AB'ATS BA'LAN SHAALIHAN LI KHITBATI WA'ATHTHIF QALBAHU 'ALAYYA BI HAQQI KALAAMIKAL QADIIMI WA BI RASUULIKAL KARIIMI WA BI ALFI ALFI LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL "ADHIIMI WA SHALLALLAAHU 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA 'ALAA ALIHI WASHABIHII WASALLAMA WALHAMDULILLAHI ROBBIL 'AALAMIN. Artinya:
Wahai Allah, utuslah suami yang sholeh utk melamarku dan condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenarankalam-Mu yang qadim dan berkat utusanMu yg mulia dan berkat sejuta (bacaan) " Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil "Aliyyil 'Adhim (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dgn pertolongan Allah yang Maha Tinggi & Maha Kuasa). Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kami nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Dan segala puj bagi Allah Tuhan semesta Alam.
Bagi yg sedang bercinta, walau lama mana pun kita kapel, tak semestinya yg kita cinta syg selama bertahun-tahun tu akan jadi suami/ isteri kita kan. so, berdoa lah kpd Allah swt agar dipermudahkan jodoh kita dgn kekasih kesygan.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang, Ya TUHAN-ku, aku akui Kekuasaan-Mu, Nikat. lagi rahmat, buat diriku tak terbalas olehku, ya ALLAH.
Ya TUHAN-ku, hamba-Mu ini mensyukuri, rahmat yang KAu beri, umpama rezeki, melimpah-ruah, ya ALLAH.. Alhamdulillah..
Dengan rahmat-MU, Ya ALLAH, KAU pertemukan kami, maka, satukanlah hati kami, titipkanlah rindu antara kami, mekarkanlah cinta antara kami. Lantas , peliharalah kami ya ALLAH, dari bisikan iblis yang datang menggoda, agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama.
Ya RAHIM, permudahkanlah jalan jodoh kami, serta dipermurahkan rezeki kami.
Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmat-MU, ya ALLAH, lagi, sinarilah hati kami, dengan nur iman yang begermelapan, agar kami tidak hanyut, dengan godaan dunia, yang hanya pinjaman semata.
Aminnn ...

1 comment:
nice info...moga dapat jodoh yg baik k...aminnn
Post a Comment