Monday, August 22, 2011

New Place New Life

assalamualaikum.
Alhamdulillah. ada juga masa nak update belog ni.

sibuk sikit. eh sibuk ke ? takde lah sibuk mana. bukan banyak kerja pun. tapi entah la, ada perkara kena siapkan dgn masa yg tidak mencukupi.
okay, sekarang aku dah bergelar teacher wannabe. buka lawyer wannabe dah. eheee.
Alhamdulillah, Kirkby International College sudah menjadi pusat pengajian aku sekarang. Bukan lagi UiTM Kedah. Minggu ni adalah minggu ke-3 aku duk kat sini. 8 Ogos aku daftar kat sini, seminggu orientasi kemudian minggu lepas aku dah start belajar. tengok ler gambar nie :



ni kumpulan aku. yg pakai kemeja putih tu Encik Adnan nama diberi. dia salah sorang fasi kat sini. Best.

ni group aku buat persembahan. nyanyi lagu Warisan. cayalahhh.
Encik Halim punye pasal, terpaksa nyanyi satu lagu je . kami hafal dua lagu tau Encik Halleemm. haishh

ni sebahagian daripada 94 students Kirkby. yg pakai kot hitam kat tengah2 tu pun fasi kami juga. namanye Encik Hafiz. yg kat depan, berkemeja putih tu photographer kami. Nama nye Encik Halim. dengar kata, dia ramai peminat. wohooo. *sebab dia hensem, mesti dah ada awek kan. adusssh !


sebelah kiri skali, rambut kaler oren tu, haa itu ler owner KIC ni. namanya Puan Bismillah Khaltom. and the rest tu vvip ler.


tamat sudahhhh minggu orientasi. yeaa yeaa !

ni nak tanya korang, ada tak manamana universiti or any pusat pengajian yg buat pengambilan pelajar dan adakan sesi orientasi pada bulan Ramadhan ? takde kan takde kan ? haa itu ler 'unik' nya KIC ni. tapi takpe, kami redha malah happy lagi.

ce cerita sikit pasal new place new life ni :

> KIC terletak kat Cyberjaya. dari rumah aku ke KIC, kami kena naik bas. in 10mnt, dah sampai. harihari pegi dan balik from KIC by bus. Kemudiannya daki bukit sikit. fuhh fuhh fuhh, then mendaki tangga hingga ke tingkat dua. fuuhh fuuh fuhhh .. kreeekk, buka pintu rumah. pastu pastu daki tangga lagi, fuuh ffuuhh fuuhhh then sampai la ke bilik aku. wahh tragic tak ? ehee, biaselah, pengalaman org kata. 5tahun setengah kena lalui benda mcm ni.

> kedai makan, susah nak cari. yg mahalmahal ada lah. tak mampu lah ambo nok makey mahalmahal tiaptiap hari ! ada yg paling paling murah, nasi goreng rm4.50... haa yg tu kena order from MMU. free delivery..

>Kat kawasan rumah aku ni, dipenuhi foreigners je. Diaorg student universiti swasta kat kawasan Cyberjaya ni lah. gulpp , takut sbb ramai O.N (org negro).

>Ada swimming pool and gymnasium kat depan rumah aku. Tapi aku tak berani pergi sana. foreigners berlambak mandi kat situ. seksi nonn ! Bertambah dosa aku. haisshhh . Kalau nak pergi, kena pergi pukul 8 malam. pastu pukul 8.15 dah kena balik. Sebab diaorg akan datang berendam kat situ. haha

> Lecturer KIC semua matsaleh, kecuali utk subjek Pengajian Malaysia.

> Aku jadi Ketua Rumah. dalam rumah aku ni ada 22 orang termasuk aku.

enough lah kot cter pasal ni. lain kali aku taip cerita lain pula. dah lewat, esok bas pukul 7pagi.

byebye, <3

No comments: