Thursday, June 16, 2011

week 3

assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah tiga minggu aku kat uitm ni. sepanjang aku kat sini dalam semester baru dan bergelar senior, banyak perkara yg buat aku rasa letih dan malas nak belajar.
first of all, 
-- kelas aku dari Ahad hingga Khamis start pukul 8.00am.
-- ada budak laki baru dalam kelas aku. agak xberminat dengan pendatang baru sebab aku akan jadi kekok, tak macam sem-sem lepas. aku pun xtahu apa motif diorang masuk kelas PL3G. lantak lah, asalkan kita samasama dapat belajar. jangan mainmain sudaaah.
-- gedik sorang kawan ni makin menjadi-jadi. adoiiyaai. layaann sajelaahh~
-- Muna and Suha dah pindah kolej lain. sedih :(
-- aku jalan pegi kelas dengan Yana sorang je. wuuu wuuu.
-- assignment bertimbun,susah and betulbetul memerlukan kesabaran serta kecekalan hati yang kuat*
-- lecturer ? not bad laa. so far so good.

oh yee, aku ada junior seramai 250+ rasenya. diorang umur 18 tahun, amik law jugak. but diorg langsung tak friendly. haa itu yang sedih tu. bukan aku sorang je yang cakap heeaa, tapi ramai lagi kawankawan yang cakap junior semua stok sombong. not semua la kot, but some of them. tapi aku tak salahkan diorang pun if diorang nak bersombong-sombongan, may be sebab diorang busy gler kot. subjek diorang lagi banyak dari kamikami yg senior ni. so, mesti diorang xdek masa nak bertegur sapa kan ? xpe xpe dik, akak tak marah punn. hohohoho.

maktab perguruan. yes, aku mengaku, aku masih menunggu keputusan rayuan untuk masuk maktab. aku betulbetul nak pergi maktab, jadi cikgu. aku nak quit dari law. seriously. tiaptiap hari aku tengok kalendar, bila lah agaknya tarikh aku meniggalkan uitm dan masuk ke maktab perguruan. mak aku kata, ambilan kedua ke maktab perguruan adalah pada akhir bulan Julai nanti. tak sabar rasanya nak tunggu nama aku tercalon dalam senarai pelajar ke maktab.

oh ye, petang tadi aku nangis depan Nadiya, rumet aku. hahahahaha. lawak lawak. aku memang senang kuarkan air mata bila aku rasa geram, sedih, teringat kat umi, teringat kat dosa yang aku buat and so on. senang kata, aku memang senang menangis. tapi tapi , aku tak nangis depan orang. aku akan soroksorok if nak nangis or aku akan senyap bila aku rasa geram atau sedih. kejadian petang tadi memang betulbetul memalukan aku. aku menangis depan orang. adooiyyaaaii. teresak esak pulak tu. Nadiya dah tepuk-tepuk belakang aku sambil tergelak kecil.mesti dia terkejut tengok aku nangis, sebab aku ni brutal sikit. kasar. takde manjamanja punya lah. namun pada hakikatnya, dalaman  aku tak brutal sikit pun. aku tak dapat tahan sedih tu and terus nangis depan dia dan air mata tu tak boleh dikawal. aarrghhhh, seriously, aku malu gila. malu !!

> kes Kak Tikah (done)
> kes Afiq (done)
> presentation 1, LawIII (done)
> presentation 1, Global (esok)
> assignment 1, 342 (on progress)
> mock forum and forum (on progress)
> mock debate and debate (not discuss yet)
>
>
>

*kerja in week 3
oke bye, <3

3 comments:

Anonymous said...

kuatkan semangat k gymah... afa tunggu gymah dtg kt IPGKBA... hope sgt gymah dpt. seriOus, xtipu... :(
afa nak kwn2 afa hepi sekali ngan afa... chaiyok3!:)

gymah said...

afaaaaa.. gymah pun nak sgt p sana.. nak sgt.. nak jadi cikgu .. wuuu wuuu, doakan gymah n ira dpt pegi sne eh.. :)

Anonymous said...

afa selalu dOakan... afa tunggu korang kt sana. seronoknyer lau gymah n ira dpt skali ngan afa...