assalamualaikum
sepertimana tarikh yg tentera di atas, maka dgn ini aku mengumumkan bahawa,
aku sudah cukop 19 tahun . dengan rendah dirinya aku mengucapkan
:: Alhamdulillah kpd Allah swt kerana masih memberi peluang utk aku hidup di atas muka bumi yg hanya pinjaman sementara ini. InsyaAllah aku akan sentiasa mencari redhaNya dlm setiap perkara yg aku lakukan.
::Terima kasih yg xterhingga kat ummi dan abah aku yg dah bersusah payah besarkan aku selama 19 tahun ni. mereka curahkan sepenuh kasih syg , curahkan duit utk perbelanjaan aku , curahkan ilmu untuk aku hadapi hidup ni dgn sebaik mungkin , dan mcm mcm lagi. nasib baik xcurahkan air panas bila aku lewat bangun solat subuh.
:: Terima kasih kat adik beradik aku yg tersayang. walaupun diorg bising , suka buat kacau, suka ejek aku gemuk( sbb diorg xgemuk), suka pinjam barang aku dan kemudian lesap begitu saja, suka makan makanan aku yg aku simpan dlm peti sejuk, suka buat lawak xbertempat sampai aku sakit hati, suka tinggalkan aku sorg2 kat dapur time makan (sbb org last makan kena simpan) , tapi aku tetap sayang diorg ! mekaseh sbb "hiburkan" kak yong sejak korang kuar dari perut ummi lagi :)
:: Terima kasih kat kawan-kawan. kawan sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah memandu, universiti, kelas tuisyen, and kat mane mane lah kita penah jumpa. mekaseh sebab korang menggumbirakan aku, memberi kritikan yg membina , bagi nasihat yg berguna , korg sentiasa ade time aku susah and senang , mekaseh juga sebab mengumpat dibelakang serta mengutuk aku, automatik aku dapat pahal extra lepas tu.
Alhamdulillah aku dah matang sikit. sikit pun xpe bro. sikit sikit lama lama jadi bukit org kata. aku dah sedar kesilapan yg aku lakukan sebelum ni, aku dah tahu nak menghargai masa, aku dah meyesal dgn segala kejahatan yg pernah aku buat, aku dah boleh berfikir yg mana baik yg mana buruk . aku dah boleh ubah perangai buruk, aku dah boleh fikir yg mana dosa yg mana pahala, aku dah boleh merancang perkahwinan.. opss, terlebih pulak
Akhir kata, sempena hari ulangtahun kelahiran yg ke-19 ni, aku mohon maaf kepada semua andai aku ade buat silap kat korang , melukakan hati korg , membuat korg cemburu ke *haha , terambil harta benda korg ke *nauzubillah, mengambil tuala korg kat bilik air, guna sabun kat toilet tanpa minta izin , mengumpat , memuji berlebih lebihan *ejek ler tuu , bikin korg sakit hati ke sebelum ni.. sorry eak !
No comments:
Post a Comment